Iklan Semasa

Sunday, August 29, 2010

Temuduga Terbuka F29

Dimaklumkan, PTPTN mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 lantikan sambilan yang akan diadakan pada tarikh/hari, masa dan tempat seperti berikut :
 
Tarikh/Hari:    01 September 2010 / Rabu

Masa:    
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat:    
Bilik Mesyuarat BTM Tingkat 3A, PTPTN

Monday, August 16, 2010

MyGosscon 2010

Buat Pemandu Tegar Sempena Hari Raya Nanti

Assalamualaikum...

Buat pemamdu tegar sempena hari Raya Aidilfitri nanti adalah diingatkan supaya buat persediaan awal....check tayar kereta, ntah cukup ker idak angin tayar tue kan. Pastu pastikan minyak injin pun dah berganti, jangan dah lebih seribu dua km baru nak tukar. Minyak pun penting juga bukan minyak petrol yang tue dah sememangnya kena isi kalau nak pandu kereta tue balik kampung tapi yang saya maksudkan ialah minyak brek kereta tue....kena check betul² tau.

Adalah diingatkan supaya memandu tidak lebih dari had limit yang telah disarankan oleh Pihak PDRM, nanti bila dah kena saman baru nak marah Polis.Time tue baru nak nyesal.Melayang RM300.Kalau salah parking keta dah tentu kena RM30.

Tapi bagi mereka yang menyewa kereta atau yang hanya sekali dua kala jer memandu jarak jauh ni adalah diingatkan supaya memandu pada laluan sebelah kiri bukan di sebelah kanan sebab kanan itu adalah laluan memotong di highway.Kebanyakkan kesesakkan jalan raya berlaku time² balik raya nie adalah disebabkan oleh pemandu yang bawa perlahan di laluan sebelah kanan.Come on la, orang lain nak memotong anda pun tak leh pastu anda bawa 60km/j plak.Anda suka kot tengok banyak kereta beratur panjang kat belakang macam kereta api kot.Tak pun bawa kereta tue tak pernah nak pandang cermin sisi ataupun cermin pandang belakang agaknya sampai tak sedar yang anda menyebabkan kesesakkan laluan jalanraya.

Kalau anda dapati masih ada pemandu yang buat demikian samada secara dia sedar, tak sedar, sengaja mahupun tak sengaja sila bunyikan hon² anda sekuat yang boleh supaya pemandu yang memandu perlahan terlampau di laluan sebelah kanan ni terbangun dari tidornya dan boleh pandu ke laluan perlahan di sebelah kiri.

Maaf yer kalau ada yang terasa hati mahupun terasa sangat.Anda perlu disedarkan!!Patuhi undang² jalanraya dan hormatilah orang lain yang sama² bayar cukai jalan nie (pemandu lain).

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...