Iklan Semasa

Wednesday, December 22, 2010

Sibuk...sibuk....

 Huh! Tak sempat nak update blog, hujung tahun macam sekarang nie banyak sungguh kerja kat pejabat. Bila balik jer dah penat, letih...nampak bantal dan selimut, terasa nak tidur jer....habis la blog tak update...hahaha....tak per dah setel semua kerja kat pejabat dan dah tak penat sangat nanti, saya kasi update blog nie.....Nasib baik la masih sempat lagi untuk poskan hadiah buat sahabat di California sempena sambutan X-mas nie.....boleh tahan juga bayaran yang dikenakan, RM 120.00 tunai.....harap-harap perkhidmatan yang diberikan pun sebagus harga.....katanya jaminan sampai dalam 4-5 hari sahaja ke California tue. Boleh percaya ker Mr. Posman? Hopefully la yer....sampai hadiah tue kat tangan sahabat baik saya tue....

Thursday, December 2, 2010

RockMelt Browser



Apa yang terbaru di internet buat masa ini? Yang terbaru ialah browser daripada RockMelt dapat memudahkan anda dari segi penggunaan site feed termasuklah feed daripada website Facebook. Browser ini hanya boleh di install atau di pasang ke komputer atau laptop anda setelah anda mendapat jemputan atau invitation daripada pihak RockMelt itu sendiri.

Langkah pertama bagi mendapatkan jemputan mereka ialah dengan melayari website mereka di alamat http://www.RockMelt.com. Kemudiannya langkah kedua ialah dengan mengklik pada butang connect for invitation : connect with facebook. Langkah seterusnya ialah membenarkan applikasi rockmelt itu mengakses data anda daripada laman facebook. Langkah akhir ialah installasi selepas mendapat link download atau muat turun applikasi tersebut di emel anda setelah beberapa hari kemudian.

Bagi sesiapa yang pernah menggunakan browser chrome, pasti akan tertarik dengan browser RockMelt yang lebih baik berbanding Chrome.Nak cerita lebih panjang tak guna juga, baik anda cuba sendiri, dah guna baru bagi pendapat. Ok?

Thursday, November 25, 2010

Tangled tonite at GSC



Wayang animasi terbaru daripada Walt Disney iaitu Tangled sudah pun berada di dalam tayangan setiap Pangung Wayang di Malaysia nie. Ini adalah animasi selingan atau sampingan (sidekick) daripada animasi asalnya iaitu Rapunzel. Seperti yang telah dicatatkan di dalam wikipedia pada artikel berikut : http://en.wikipedia.org/wiki/Tangled_(2010_film)

Masa tayangan bagi wayang ini adalah selama 100 minit iaitu bersamaan dengan 1 jam 40 minit dan bercirikan kepada animasi musikal. Amat sesuai bagi ibu bapa membawa anak-anak yang sedang cuti sekolah ke sesi tayang animasi ini di pawagam yang berhampiran. Tayangan prima telah pun berlangsung pada 24 November yang lalu.

Monday, November 15, 2010

Manga di Web ?

Adakah anda masih tercari-cari laman sesawang atau web yang menyediakan bacaan manga terkini seperti  Naruto, Bleach, Fairy Tail dan sebagainya dengan percuma?

Selepas penutupan laman sesawang onemanga, ramai yang tercari-cari....ahha, saya ada satu laman sesawang yang hampir sama fungsinya dengan onemanga. Apa yang menariknya, anda juga tak perlu memuat turun manga tersebut untuk dibaca, boleh terus jer baca kat web (pemilik laman sesawang tue dah kaya rasanya sebab setiap kali buka muka surat baru manga jer ada adsense yang akan bayar dia atas pengiklanan)...hehehe...nak buat mcam mana bukan ada sesiapa nak bagi sumber kewangan kan, itu jer la caranya nak dapat duit bagi pembayaran domain web dan sebagainya.

Laman sesawang tersebut ialah Mangastream.....buka internet explorer pastu cuba-cuba lah google nama  mangastream tue yer.....adios

Friday, October 29, 2010

Obama diberitahu tentang 'ancaman pengganas yang berpotensi'



WASHINGTON - Rumah Putih mengatakan Presiden Barack Obama diberitahu mengenai potensi ancaman pengganas selepas pakej mencurigakan ditemui di atas dua kapal terbang yang berlepas menuju ke AS.

Tidak ada bahan letupan yang telah dijumpai. Seorang pegawai Amerika mengatakan pihak berkuasa sedang menyiasat apakah pakej yang dibawa itu adalah bermungkinan cubaan bagi plot untuk menghantar bom melalui penghantaran mel udara/pos.


Sebuah pakej mencurigakan mengandungi "toner cartridge" (dakwat pencetak) dengan kabel dan serbuk dijumpai selepas rutin pengesanan (scan) kargo di United Kingdom, ini mendorong pihak berkuasa untuk menjejaki/mencari tiga buah pesawat dan lori di Amerika Syarikat yang terlibat pada hari Jumaat.


Pencarian dilakukan di Philadelphia, Newark, NJ, dan New York City. Semua pakej yang mencurigakan itu diyakini datang dari Yaman dan dihantar melalui perkhidmatan UPS.


Yaman adalah merupakan tempat asal cawangan al-Qaeda yang bertanggungjawab bagi percubaan pengeboman sebuah pesawat yang berlepas ke AS pada Krismas.

Monday, October 18, 2010

SID - Rain Lyric



June’s lies and the truth in front of my 
eyes are put away in sepia tones.

Nestling close to one another, warmth; 
I don’t understand those things anymore.

“You’ll be fine on your own… right?” you said, 
forcing it upon me and then you said goodbye.

If it’s going to be that kind of consolation 
then I should be tired of hearing it by now.

Endlessly ringing; the merciless memories 
seem to have no intention of  forgiving me.

If i close my eyes they will only grow 
surrounding me at a distance you laugh.

Will the rain ever stop, I wonder? 
For a pretty long time now it’s been cold.

Why does the rain choose me? Why does 
it choose me who has nowhere to escape to?

Time intrudes on the new morning I finally found.

The direction I face is not the future 
I kept chasing after the past.

You, who gave me a new start by your 
consolations and the hateful and cowardly me.

It’s about time… Fumbling, my troubles 
spill down my tired cheeks.

Eyes that don’t want to know the past 
and fingers that can wash it all away.

Scars heal at a gentle pace; at an unreachable 
distance  that seems to be within reach.

Will the rain ever stop, I wonder? 
For a pretty long time now it’s been cold.

Why does the rain choose me? 
I wonder if it’s ok to let it cover me.

The rain keeps on falling today 
as well knowing no end.

While we quietly nestle together 
under the umbrella I hold.

Saturday, October 9, 2010

Lamar Lelaki Langkah Terpuji



Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my
2010/09/30

Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.

Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.
Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.

Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.
Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.

Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.

Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.

Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?

Mungkin kaum wanita mengang­gap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.

Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.

Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.

Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasa­ngan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.

Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu.

“Sungguh memalukan dan betapa buruknya...!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)
Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.

“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.

“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.

“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.

“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.

Sambungan seterusnya ada pada link ini : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lamarlelakilangkahterpuji/Article/art_print

Thursday, September 23, 2010

iphone 4 ?



The iPhone 4 is a slate smartphone designed and developed by Apple. It is the fourth generation of iPhone, and successor to the iPhone 3GS. It is particularly marketed for video calling, consumption of media such as books and periodicals, movies, music, and games, and for general web and e-mail access. It was announced on June 7, 2010 at the WWDC 2010 at the Moscone Center, San Francisco, and was released on June 24, 2010 in the United States, the United Kingdom, France, Germany and Japan.


The iPhone 4 runs Apple's iOS operating system, the same operating system as used on previous iPhones, the iPad, and the iPod Touch. It is primarily controlled by a user's fingertips on the multi-touch display, which is sensitive to fingertip contact.

The most noticeable difference between the iPhone 4 and its predecessors is the new design, which incorporates an uninsulated stainless steel frame that acts as the device's antenna. The internal components of the device are situated between two panels of chemically strengthened aluminosilicate glass. It has an Apple A4 processor and 512 MB of eDRAM, twice that of its predecessor and four times that of the original iPhone. Its 3.5 inches (89 mm) LED backlit liquid crystal display with an increased 960-by-640 pixel resolution is marketed as the "Retina Display". Some iPhone 4 buyers have reported signal reduction when the phone is held in certain ways, especially in the left hand, as the antenna problem is in the bottom left corner of the phone's side casing. The company has offered customers a free case until September 30, 2010, or a refund within 30 days of purchase, as cases have been shown to correct this antenna problem. The latest operating system release, iOS 4.1, added functionality such as high dynamic range photos and the Game Center.

Komen ku : Dah beberapa bulan dilancarkan baru nak dilancarkan kat Malaysia...adeh...Tetap ketinggalan juga kita dari segi teknologi. Tengah malam ini (23/9/2010) Maxis akan melancarkan penjualan iphone 4 ini kat The Garden Midvalley Bangsar...sesapa yang nak beli ker atau yang dah tempah ker boleh ler serbu ke sana.....

Taugeh Oh Taugeh...



Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow. hmmm rangup...... tapi nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu la. beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari.
pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.
kepututsan yg mungkin boleh didapati...lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam. bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing. dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri. kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje. kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja. ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip. siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2 taugeh tu. dan kenapa taugeh jodik mangsa?

sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm batangnya. tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2
dari baja. tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran bukan secara fotosintesis. tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacam...so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2 hanching dgn taugeh2 bumiputera. Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..

By: Rizal Rosli Putra

Betul ker nih? Dah ramai yang kuarkan benda alah nie kat FB...aku masih belum check dgn mana2 kementerian yang berkenan lagik...nanti aku nak check la...betui ker idak....jangan ada yang sanggup wat penulisan tue sebab nak jatuhkan sesapa dah la.....

By: Me

Sunday, August 29, 2010

Temuduga Terbuka F29

Dimaklumkan, PTPTN mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 lantikan sambilan yang akan diadakan pada tarikh/hari, masa dan tempat seperti berikut :
 
Tarikh/Hari:    01 September 2010 / Rabu

Masa:    
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat:    
Bilik Mesyuarat BTM Tingkat 3A, PTPTN

Monday, August 16, 2010

MyGosscon 2010

Buat Pemandu Tegar Sempena Hari Raya Nanti

Assalamualaikum...

Buat pemamdu tegar sempena hari Raya Aidilfitri nanti adalah diingatkan supaya buat persediaan awal....check tayar kereta, ntah cukup ker idak angin tayar tue kan. Pastu pastikan minyak injin pun dah berganti, jangan dah lebih seribu dua km baru nak tukar. Minyak pun penting juga bukan minyak petrol yang tue dah sememangnya kena isi kalau nak pandu kereta tue balik kampung tapi yang saya maksudkan ialah minyak brek kereta tue....kena check betul² tau.

Adalah diingatkan supaya memandu tidak lebih dari had limit yang telah disarankan oleh Pihak PDRM, nanti bila dah kena saman baru nak marah Polis.Time tue baru nak nyesal.Melayang RM300.Kalau salah parking keta dah tentu kena RM30.

Tapi bagi mereka yang menyewa kereta atau yang hanya sekali dua kala jer memandu jarak jauh ni adalah diingatkan supaya memandu pada laluan sebelah kiri bukan di sebelah kanan sebab kanan itu adalah laluan memotong di highway.Kebanyakkan kesesakkan jalan raya berlaku time² balik raya nie adalah disebabkan oleh pemandu yang bawa perlahan di laluan sebelah kanan.Come on la, orang lain nak memotong anda pun tak leh pastu anda bawa 60km/j plak.Anda suka kot tengok banyak kereta beratur panjang kat belakang macam kereta api kot.Tak pun bawa kereta tue tak pernah nak pandang cermin sisi ataupun cermin pandang belakang agaknya sampai tak sedar yang anda menyebabkan kesesakkan laluan jalanraya.

Kalau anda dapati masih ada pemandu yang buat demikian samada secara dia sedar, tak sedar, sengaja mahupun tak sengaja sila bunyikan hon² anda sekuat yang boleh supaya pemandu yang memandu perlahan terlampau di laluan sebelah kanan ni terbangun dari tidornya dan boleh pandu ke laluan perlahan di sebelah kiri.

Maaf yer kalau ada yang terasa hati mahupun terasa sangat.Anda perlu disedarkan!!Patuhi undang² jalanraya dan hormatilah orang lain yang sama² bayar cukai jalan nie (pemandu lain).

Wassalam.

Thursday, July 29, 2010

Streamyx....oh...streamyx.....

Aduhai....apa la crita nie....dah la register dengan TMNET daripada bulan febuari 2010.....sampai sekarang masih juga tak pasang-pasang talian telefon dan streamyx tue kat rumah aku......report dah banyak yang aku buat......tiap-tiap kali telefon jer mesti kata akan diambil tindakan dan kawasan tuan masih belum terdapat kemudahan talian telefon utama.....tahu la presint 11 tue baru dibuka pada bulan november 2009 tapi nie dah sampai nak bulan puasa dah....lebih daripada 6 bulan dah....takkan duk kat tahap tue jer? sedangkan bus stand pun dah hampir siap sepenuhnya di sepanjang jalan raya utama presint 11 tue yang mana pembinaannya hanya bermula pada bulan mei lalu....dua bulan jer ambil masa.....nak kata hulu atau kampung pendalaman sangat sampai tak leh nak pasang talian telefon utama bagi kemudahan orang nak apply streamyx tue takkan la plak...PUTRAJAYA nie beb bukan sibu ker miri ker kemamam ker bukit mertajam ker atau pun wang kelian......

Patut la rangkaian broadband daripada perkhidmatan lain lebih berjaya.....diaorang ambil kisah daripada aduan pengguna....ada jer pengguna yang tanya ' en, kat presint XX tue dah ada signal broadband tak?' nanti diaorang akan jawab 'belum ada lagi tapi en. boleh isi borang feedback pengguna nie supaya bahagian pengurusan dapat buat tinjauan kepada kadar permintaan, kalau lagi ramai yang minta lagi cepat kami pasang pemancar signal' dan selalunya memang lebih cepat......contohnya di presint 9, 8, 7, 3, 2....semua ada signal broadband....presint 11 pun ada......tapi TMNET masih tercegat......macam mana nak bersaing nie.......pastu kuarkan crita² yang tak baik pasal broadband tue la...broadband nie la......mana nak ada kemajuan.......

Sebab tue mamak akan kata 'siap' bila kita order sebab apa? sebab sekejap jer dah siap....pastu cina akan kata 'tarak hal boleh buat nyer' sebab diaorang akan terus berusaha ke arah tue selagi ada keuntungan.....


PIKIR-PIKIRKAN LAH........

P/s: bukan nak menjatuhkan sesapa tapi hanya bagi tujuan menggerakkan minda dan pemikiran pihak yang hanya suka banyak berkata daripada buat......

Thursday, July 22, 2010

The Sorcerer's Apprentice



Release Date: 22 July 2010
Language: English
Genre: Adventure
Running Time: 1 hour 54 minutes
Director: Jon Turteltaub
Cast: Alfred Molina, Jay Baruchel, Monica Bellucci, Nicolas Cage.

Synopsis: "The Sorcerer's Apprentice" reteams the creative troika Jerry Bruckheimer, director Jon Turteltaub and Oscar winner Nicolas Cage in a tale of a powerful sorcerer living in present day New York City who must find and train his next successor. The next in line turns out to be a mild mannered 20-year old boy, who has no idea that he is a descendant of Merlin, or that his true destiny is to save the world.

(Source: Cinema Online)

Book your ticket online now (Malaysian viewers only) :
http://www.gsc.com.my
http://www.tgv.com.my

Tuesday, July 20, 2010

Love & Smile

Always love and smile all your life......


I'm searching for what you have in your heart
aenai hi mo mimamotte ite hoshii
I'm giving my love I hope it's forever
mata kono basho de waraeru hi made


You will always be the one for me.......


I just keep on
kono koe ga kimi no moto he to
Dream on
todoku youni ima
Wishing on the star
So far...
Wherever you are
We're under the same sky
I'll be free to spread my wings
Let me fly to you, oh my love
Now and forever




Wednesday, July 14, 2010

Blog-Blog Info


Hari ni saya dah baca banyak blog-blog yang berinformasi.......terasa seronok baca blog tue semua tapi tak seronok plak kalau tak kongsi dengan pembaca-pembaca yang lain. Bloggers yang dah sememangnya cintakan penulisan dan berkarya sama ada berdasarkan fakta atau ideologi atau teori akan senantiasa 'update' blog-blog mereka dan membidas atau membalas atau menjawab atau membetulkan penulisan-penulisan blogger yang lain dari masa ke semasa.

Bagus juga begitu, barulah kita boleh membuat penilaian yang betul berdasarkan fakta-fakta atau bukti-bukti yang di sertakan bersama penulisan mereka.Tapi jangan ambil pakai saja tanpa membuat sedikit penyelidikan.Tak susah nak buat sedikit penyelidikan pada zaman sekarang ini dengan adanya teknologi tanpa batasan....teknologi makin berkembang maju.

Di sini saya sertakan 2 blog yang paling saya minat untuk terus membaca (tengok-tengok la bersama kalau ada kelapangan) :

http://jaysh-muhammad.blogspot.com
http://mistisfiles.blogspot.com/

Itu jer yang saya nak kongsi untuk hari nie......jom pupuk minat menambah ilmu........

Thursday, July 8, 2010

N3RDH3AD - BR4VE HE4RT feat. N¡sh¡no Kana



Link to this video : http://www.youtube.com/watch?v=NDqzuk9wH4s&feature=related
Lyrics (Romaji)
Kizuiteru yo sono namida no wake wa
Demo norikoerareru ima wa sora wo miagete
Kimi no yo ko de


~ chorus ~
Sono omoi wo kanjiteru
Futari isshou nara tsuyokunareru
Make sonna toki koso jibun wo
BELIEVE YOURSELF ~ shinjite


Mada FLASHBACK my life
Maru de eien no youde honto ato iu kan ironna hyoujou shite kita
AND I TRY TO SMILE
ho dondon no shunkann
mune itai gurai ne I WAS CRYING


Naiteita INSIDE MY EYES
Namida misenai you ni tsuyoku furumatetta moshi
Ichido demo tomattara soko de GAMES OVER
Ni to me ga mou nai you ni kanjite AND I ( feel )


Fuwan ni omoi mainichi
Mune ni daitai risou to wa hodo tooi
Sore ga jinsei kitto minna isshou de
tsurakeattemo tai te tsuyoku natteku


Jikan kakaru kedo
I’LL TAKE A CHANCE ‘TILL THE LAST ( just love )
Kibou shinjite JUST TAKE A LITTLE STEP
Shinpai nai dattemo hitori ja nai


(Kana-chan) Kimi no soba de…


~ chorus ~
Sono omoi wo kanjiteru
Futari isshou nara tsuyokunareru
Make sonna toki koso jibun wo
BELIEVE YOURSELF ~ shinjite


Kizueteru yo sono namida no wake wa
Demo norikoerareru ima wa sora wo miagete
DON’T RUN AWAY
Nigete te mo mienai ( DON’T LET IT FALL, LETS GO )
Ashita he no RAINBOW


Kokoro ga kujike sou de ( SOMETIMES )
Me no mae no REALITY kara RUN AWAY
Kono mama ja dame na no wa
Wakatte ima kedo kawarenai


Dakedo donna toki mo jibun ni uso wo tsukanaide
( HEY, LET IT FLOW )
Arukidaseru…~
Tsurai toki mo aru kedo yuuki wo dashite
( KEEP GOING ON AND ON )


zutto…


(Kana-chan) Kimi no soba de…


~ chorus ~
Sono omoi wo kanjiteru
Futari isshou nara tsuyokunareru
Make sonna toki koso jibun wo
BELIEVE YOURSELF ~ shinjite


KEEP ON TRYIN’ ( Just try )
TRYIN’ ( and try )
JUST TRY ( _____ mo hitori janai )
KEEP ON TRYIN’ ( try try )
TRY TRY_____


Ichido kiri no life
Shippai ni shippai kazane teku life
Demo
Saigo gurai waratte tai


Isshou ni Fly’in to light


Kurou nakushite asu wa nai
Demo jidai mo yama ari tani ari
tte minna iu daro?
heitan na michi nante sonzai shinai
Tsumattzuitara
MOU IKKAI


Mata tachi agatte arukidasu
nando datte hai tsukubatte demo
RUN AND RUN
Ikigirashitatte
Susuma naito LIFE’S A BATTLE
Jibun jishin ga saidai no RIVAL


LALALA
LALALA ( MY LIFE )


Shippai ni shippai kazane teku life
Demo
Arukidaseru ~


back to ~ chorus ~


Credits for fixes: Karensmatik @ JPOPASIA

Tuesday, June 22, 2010

Girls Generation - RunDevilRun (Repackage Album)

girlsgenerationsnsd-rundevilrun

Tracklist:
01 Run Devil Run
02 Echo
03 별별별 (☆★☆) (Acoustic R&B Ver.)

Monday, June 21, 2010

Berapa Ramai Yang Tahu?

Menurut perangkaan : Januari 2008, bilangan PENJAWAT AWAM negara kita mencecah 1.2 juta orang.

Angka ini semestinya melonjak setelah mengalami pertumbuhan dua tahun. Untuk negara kita yang mempunyai populasi 27 juta orang, jumlah PENJAWAT AWAM sebegini telah mencakupi 4% daripadanya, atau bersamaan 10% daripada populasi pekerja (Malaysia mencatat populasi pekerja sejumlah 12 juta orang).

Tapi berapa ramaikah PENJAWAT AWAM negara kita ini yang tahu tentang PERLEMBAGAAN NEGARA yang kita cintai, sayangi, kasihi ini. Berapa ramai pula yang tahu dan faham. Berapa ramai yang tahu, faham dan menghayatinya. Bila tak ramai yang tahu, tak ramai yang faham dan tak ramai yang menghayatinya maka timbulah masalah. Ada yang nak tuntut itu la ini la. Ada pula yang cuba mempertikaikan PERLEMBANGAAN NEGARA kita. Tahukah tuan/puan apa itu perlembagaan? Kenapa kita mengamalkan SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI DAN RAJA BERPELEMBAGAAN ? Jangan dikatakan kaum majoriti saja yang tak tahu malahan kaum-kaum minoriti juga begitu. Sangat menyedihkan. Kita lahir di sini (MALAYSIA), ibu atau bapa kita juga lahir di sini, datuk atau nenek kita juga lahir di sini seharusnya sewajibnya kita tahu serba sedikit tentang PERLEMBAGAAN NEGARA.

Jangan pula kita hanya ambil tahu PERLEMBAGAAN itu sahaja, kita juga perlu tahu bagaimana ianya berlaku, kenapa diwujudkan dan untuk siapakah. Adakah untuk dipertontonkan kepada pelancong atau dia tuliskan di dalam buku atau hanya digunakan di PARLIMEN sahaja?

Berikut adalah beberapa Artikel/Perkara yang setidak-tidaknya diketahui oleh kita sebagai RAKYAT MALAYSIA lebih-lebih lagi bagi PENJAWAT AWAM :



Artikel/Perkara 152

Artikel/Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmiTujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu.
Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.

Artikel/Perkara 153

Artikel/Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa, tanah rizab dan permit/lesen.

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.
  • Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
  • Bahagian 2 - Kebebasan asasi
  • Bahagian 3 - Kewarganegaraan
  • Bahagian 4 - Persekutuan
  • Bahagian 5 - Negeri-negeri
  • Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
  • Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
  • Bahagian 8 - Pilihanraya
  • Bahagian 9 - Kehakiman
  • Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
  • Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
  • Bahagian 12 - Am dan pelbagai
  • Bahagian 13 - Peruntukan sementara
  • Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
  • Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

Sekiranya tuan/puan tak tahu di mana kita boleh dapatkan bahan rujukan berkaitan, sila lah ke kedai-kedai buku. Sedarlah wahai RAKYAT MALAYSIA, PERLEMBAGAAN ini bukan diwujudkan supaya kita bergaduh, berkelahi, saling salah menyalahkan di antara kaum. PERLEMBAGAAN ini bukanlah hanya menjaga kepentingan Kaum Melayu, malahan semua kaun-kaum lain termasuklah Bumiputera Malaysia. Terdapat Banyak Artikel lain yang di sebutkan seperti Artikel/Perkara 14 yang di mana dinyatakan tentang Hak Kerakyatan kepada Kaum-kaum lain selain Melayu.

BACA, TAHU, FAHAM DAN HAYATI.......JAGALAH KEDAULATAN NEGARA DEMI WARISAN AKAN DATANG........JANGAN SEJARAH HITAM DIJAJAH LEBIH 400 TAHUN BERULANG KERANA PERKAUMAN..........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...