Iklan Semasa

Tuesday, June 22, 2010

Girls Generation - RunDevilRun (Repackage Album)

girlsgenerationsnsd-rundevilrun

Tracklist:
01 Run Devil Run
02 Echo
03 별별별 (☆★☆) (Acoustic R&B Ver.)

Monday, June 21, 2010

Berapa Ramai Yang Tahu?

Menurut perangkaan : Januari 2008, bilangan PENJAWAT AWAM negara kita mencecah 1.2 juta orang.

Angka ini semestinya melonjak setelah mengalami pertumbuhan dua tahun. Untuk negara kita yang mempunyai populasi 27 juta orang, jumlah PENJAWAT AWAM sebegini telah mencakupi 4% daripadanya, atau bersamaan 10% daripada populasi pekerja (Malaysia mencatat populasi pekerja sejumlah 12 juta orang).

Tapi berapa ramaikah PENJAWAT AWAM negara kita ini yang tahu tentang PERLEMBAGAAN NEGARA yang kita cintai, sayangi, kasihi ini. Berapa ramai pula yang tahu dan faham. Berapa ramai yang tahu, faham dan menghayatinya. Bila tak ramai yang tahu, tak ramai yang faham dan tak ramai yang menghayatinya maka timbulah masalah. Ada yang nak tuntut itu la ini la. Ada pula yang cuba mempertikaikan PERLEMBANGAAN NEGARA kita. Tahukah tuan/puan apa itu perlembagaan? Kenapa kita mengamalkan SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI DAN RAJA BERPELEMBAGAAN ? Jangan dikatakan kaum majoriti saja yang tak tahu malahan kaum-kaum minoriti juga begitu. Sangat menyedihkan. Kita lahir di sini (MALAYSIA), ibu atau bapa kita juga lahir di sini, datuk atau nenek kita juga lahir di sini seharusnya sewajibnya kita tahu serba sedikit tentang PERLEMBAGAAN NEGARA.

Jangan pula kita hanya ambil tahu PERLEMBAGAAN itu sahaja, kita juga perlu tahu bagaimana ianya berlaku, kenapa diwujudkan dan untuk siapakah. Adakah untuk dipertontonkan kepada pelancong atau dia tuliskan di dalam buku atau hanya digunakan di PARLIMEN sahaja?

Berikut adalah beberapa Artikel/Perkara yang setidak-tidaknya diketahui oleh kita sebagai RAKYAT MALAYSIA lebih-lebih lagi bagi PENJAWAT AWAM :



Artikel/Perkara 152

Artikel/Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmiTujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu.
Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.

Artikel/Perkara 153

Artikel/Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa, tanah rizab dan permit/lesen.

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.
  • Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
  • Bahagian 2 - Kebebasan asasi
  • Bahagian 3 - Kewarganegaraan
  • Bahagian 4 - Persekutuan
  • Bahagian 5 - Negeri-negeri
  • Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
  • Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
  • Bahagian 8 - Pilihanraya
  • Bahagian 9 - Kehakiman
  • Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
  • Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
  • Bahagian 12 - Am dan pelbagai
  • Bahagian 13 - Peruntukan sementara
  • Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
  • Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

Sekiranya tuan/puan tak tahu di mana kita boleh dapatkan bahan rujukan berkaitan, sila lah ke kedai-kedai buku. Sedarlah wahai RAKYAT MALAYSIA, PERLEMBAGAAN ini bukan diwujudkan supaya kita bergaduh, berkelahi, saling salah menyalahkan di antara kaum. PERLEMBAGAAN ini bukanlah hanya menjaga kepentingan Kaum Melayu, malahan semua kaun-kaum lain termasuklah Bumiputera Malaysia. Terdapat Banyak Artikel lain yang di sebutkan seperti Artikel/Perkara 14 yang di mana dinyatakan tentang Hak Kerakyatan kepada Kaum-kaum lain selain Melayu.

BACA, TAHU, FAHAM DAN HAYATI.......JAGALAH KEDAULATAN NEGARA DEMI WARISAN AKAN DATANG........JANGAN SEJARAH HITAM DIJAJAH LEBIH 400 TAHUN BERULANG KERANA PERKAUMAN..........

Wednesday, June 9, 2010

Surat exclusive khas untuk para isteri dan teman wanita menjelang Piala Dunia 2010

Ke hadapan, Isteriku / Buah hatiku/ Teman wanitaku yang dikasihi,

1.   Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.

2.   Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.

3.   Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.

4.   Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.

5.   Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, melainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut.

6.   Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah, JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang dan cinta abang pada sayang akan pudar. Ingatlah bahawa sayang tak akan tahu pasal bola sepak nie lebih banyak dari abang, oleh itu kata-kata ‘galakan’ sayang itu hanya akan menyebabkan rumahtangga kita berantakan.

7.   Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’ TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap Piala Dunia nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.

8.   Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalah SANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yang PENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.

9.   Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :
a)      Abang tak akan pergi,
b)      Abang tak akan pergi, dan
c)      Abang tak akan pergi.

10.   Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!

11.   Sorotan harian Piala Dunia yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”

12.   Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik Piala Dunia nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier Leagur, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup, dll….hehe

P/S : Dan satu lagi, jika kereta ayang rosak di mana-mana jalan, tolong call Polis atau khidmat trak tunda yer. Terima kasih atas kerjasama sayang.


PESANAN KERAS : 


SALAM BUAT SEMUA...
 
POST NI BOLEH DIBACA TAPI TAK BOLEH IKUT TAU...PORAK PERANDA NANTI DIBUATNYA...DIHARAP PARA SUAMI2 TIDAK MEMBUAT SEBEGITU KEPADA ISTERI2 TERSAYANG SAUDARA2 K...BOLA2 JUGA TAPI KELUARGA JANGAN DIABAIKAN. SELAMAT MENONTON BOLA SEPAK DAN JANGAN PULA LEWAT PERGI KERJA DEK ASYIK TENGOK TV AJE TIAP2 PAGI...

Tuesday, June 8, 2010

Cave Of The Golden Rose

Apa yer nak diceritakan atau dicakapkan tentang topik ni....susah nak buat komen semata-mata.Ada yang kata cerita fantasi ini sangat menarik ada juga yang kata sekadar boleh ditengok. Tapi apa-apa pun orang kata, bagi saya sendiri cerita ini sangat menarik. Begitu juga komen-komen bagi peminat cerita fantasi ini seperti yang tertera di link ini : http://www.tanyasifu.com/forum/hiburan-karya/2196-sape-pernah-tgk-citer-cave-golden-rose-2.html.


Bagi yang terasa nak tengok semula, nak refresh-refreshkan memori dia kat jalan cerita ini pun boleh download kat link ni : http://rapidshare.com/users/8P8PJQ/. Susah sikit nak download tapi rasanya berbaloi. Okay, kita try-try la review serba sedikit kisah fantasi nie yer....


Cerita/Filem ini juga dikenali dengan nama Fantaghiro iaitu sempena nama Heroinnya (kalau tak percaya cuba buka kat wikipedia tue). Merupakan filem italian berkonsepkan fantasi diterbitkan dari tahun 1991 hinggalah 1996 dimana ianya terbahagi kepada 5 bahagian cakap orang putihnya consist of 5 parts. Cewah....


Okay, kita tengok pula pada watak-watak utama di dalam filem ni. Ada 6 watak utama yang terpenting dalam cerita nie. Orang kata kalau tak dak tak sah punya. Watak-watak nie ada bahan penariknya yang tersendiri. Antaranya ialah Fantaghiro yang dilakonkan oleh Alessandra Martines yang sememangnya cantik sebagai tuan puteri yang direbut oleh Tarabas yang dilakonkan oleh Nicholas Rogers dan Romouldo yang dilakonkan oleh  Kim Rossi Stuart. Tarabas merupakan watak ahli sihir yang jahat, hensem dan kuat...erm...hensem sebab kebanyakkan orang pompuan yang tengok cerita nie mesti akan jatuh cinta kat watak nie....manakala bagi watak Romouldo pula merupakan seorang putera raja yang tak kurang hensemnya juga.


Selain tu ada juga watak lain yang memainkan peranan penting dalam filem ini seperti White Witch dan Dark Witch, Kakak-kakak Fantaghiro, Darken iaitu ayah kepada Tarabas, dan Angelica yang sangat-sangat mencintai Tarabas.
Antara gambar-gambar watak yang dapat saya post kan kat dalam blog nie :


 Romouldo     Fantaghiro      Tarabas

 Tarabas dan Dark Witch (Mak dia la tu)

Okay la...apa-apa info lain yang berkaitan, anda boleh jer pergi kat link ni : http://en.wikipedia.org/wiki/Fantaghirò_series.

Bagi KipasSusahMati filem ini, teruskanlah mengingati jalan cerita fantasi ini. Buat masa sekarang nie, tak der lagi tayangan semula di Astro...bila la Astro nak tayang semula yer.....kat HBO ker....Kat StarMovie pun jadi la......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...