Iklan Semasa

Wednesday, December 22, 2010

Sibuk...sibuk....

 Huh! Tak sempat nak update blog, hujung tahun macam sekarang nie banyak sungguh kerja kat pejabat. Bila balik jer dah penat, letih...nampak bantal dan selimut, terasa nak tidur jer....habis la blog tak update...hahaha....tak per dah setel semua kerja kat pejabat dan dah tak penat sangat nanti, saya kasi update blog nie.....Nasib baik la masih sempat lagi untuk poskan hadiah buat sahabat di California sempena sambutan X-mas nie.....boleh tahan juga bayaran yang dikenakan, RM 120.00 tunai.....harap-harap perkhidmatan yang diberikan pun sebagus harga.....katanya jaminan sampai dalam 4-5 hari sahaja ke California tue. Boleh percaya ker Mr. Posman? Hopefully la yer....sampai hadiah tue kat tangan sahabat baik saya tue....

Thursday, December 2, 2010

RockMelt Browser



Apa yang terbaru di internet buat masa ini? Yang terbaru ialah browser daripada RockMelt dapat memudahkan anda dari segi penggunaan site feed termasuklah feed daripada website Facebook. Browser ini hanya boleh di install atau di pasang ke komputer atau laptop anda setelah anda mendapat jemputan atau invitation daripada pihak RockMelt itu sendiri.

Langkah pertama bagi mendapatkan jemputan mereka ialah dengan melayari website mereka di alamat http://www.RockMelt.com. Kemudiannya langkah kedua ialah dengan mengklik pada butang connect for invitation : connect with facebook. Langkah seterusnya ialah membenarkan applikasi rockmelt itu mengakses data anda daripada laman facebook. Langkah akhir ialah installasi selepas mendapat link download atau muat turun applikasi tersebut di emel anda setelah beberapa hari kemudian.

Bagi sesiapa yang pernah menggunakan browser chrome, pasti akan tertarik dengan browser RockMelt yang lebih baik berbanding Chrome.Nak cerita lebih panjang tak guna juga, baik anda cuba sendiri, dah guna baru bagi pendapat. Ok?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...