Iklan Semasa

Tuesday, June 8, 2010

Cave Of The Golden Rose

Apa yer nak diceritakan atau dicakapkan tentang topik ni....susah nak buat komen semata-mata.Ada yang kata cerita fantasi ini sangat menarik ada juga yang kata sekadar boleh ditengok. Tapi apa-apa pun orang kata, bagi saya sendiri cerita ini sangat menarik. Begitu juga komen-komen bagi peminat cerita fantasi ini seperti yang tertera di link ini : http://www.tanyasifu.com/forum/hiburan-karya/2196-sape-pernah-tgk-citer-cave-golden-rose-2.html.


Bagi yang terasa nak tengok semula, nak refresh-refreshkan memori dia kat jalan cerita ini pun boleh download kat link ni : http://rapidshare.com/users/8P8PJQ/. Susah sikit nak download tapi rasanya berbaloi. Okay, kita try-try la review serba sedikit kisah fantasi nie yer....


Cerita/Filem ini juga dikenali dengan nama Fantaghiro iaitu sempena nama Heroinnya (kalau tak percaya cuba buka kat wikipedia tue). Merupakan filem italian berkonsepkan fantasi diterbitkan dari tahun 1991 hinggalah 1996 dimana ianya terbahagi kepada 5 bahagian cakap orang putihnya consist of 5 parts. Cewah....


Okay, kita tengok pula pada watak-watak utama di dalam filem ni. Ada 6 watak utama yang terpenting dalam cerita nie. Orang kata kalau tak dak tak sah punya. Watak-watak nie ada bahan penariknya yang tersendiri. Antaranya ialah Fantaghiro yang dilakonkan oleh Alessandra Martines yang sememangnya cantik sebagai tuan puteri yang direbut oleh Tarabas yang dilakonkan oleh Nicholas Rogers dan Romouldo yang dilakonkan oleh  Kim Rossi Stuart. Tarabas merupakan watak ahli sihir yang jahat, hensem dan kuat...erm...hensem sebab kebanyakkan orang pompuan yang tengok cerita nie mesti akan jatuh cinta kat watak nie....manakala bagi watak Romouldo pula merupakan seorang putera raja yang tak kurang hensemnya juga.


Selain tu ada juga watak lain yang memainkan peranan penting dalam filem ini seperti White Witch dan Dark Witch, Kakak-kakak Fantaghiro, Darken iaitu ayah kepada Tarabas, dan Angelica yang sangat-sangat mencintai Tarabas.
Antara gambar-gambar watak yang dapat saya post kan kat dalam blog nie :


 Romouldo     Fantaghiro      Tarabas

 Tarabas dan Dark Witch (Mak dia la tu)

Okay la...apa-apa info lain yang berkaitan, anda boleh jer pergi kat link ni : http://en.wikipedia.org/wiki/Fantaghirò_series.

Bagi KipasSusahMati filem ini, teruskanlah mengingati jalan cerita fantasi ini. Buat masa sekarang nie, tak der lagi tayangan semula di Astro...bila la Astro nak tayang semula yer.....kat HBO ker....Kat StarMovie pun jadi la......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...