Iklan Semasa

Monday, June 21, 2010

Berapa Ramai Yang Tahu?

Menurut perangkaan : Januari 2008, bilangan PENJAWAT AWAM negara kita mencecah 1.2 juta orang.

Angka ini semestinya melonjak setelah mengalami pertumbuhan dua tahun. Untuk negara kita yang mempunyai populasi 27 juta orang, jumlah PENJAWAT AWAM sebegini telah mencakupi 4% daripadanya, atau bersamaan 10% daripada populasi pekerja (Malaysia mencatat populasi pekerja sejumlah 12 juta orang).

Tapi berapa ramaikah PENJAWAT AWAM negara kita ini yang tahu tentang PERLEMBAGAAN NEGARA yang kita cintai, sayangi, kasihi ini. Berapa ramai pula yang tahu dan faham. Berapa ramai yang tahu, faham dan menghayatinya. Bila tak ramai yang tahu, tak ramai yang faham dan tak ramai yang menghayatinya maka timbulah masalah. Ada yang nak tuntut itu la ini la. Ada pula yang cuba mempertikaikan PERLEMBANGAAN NEGARA kita. Tahukah tuan/puan apa itu perlembagaan? Kenapa kita mengamalkan SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI DAN RAJA BERPELEMBAGAAN ? Jangan dikatakan kaum majoriti saja yang tak tahu malahan kaum-kaum minoriti juga begitu. Sangat menyedihkan. Kita lahir di sini (MALAYSIA), ibu atau bapa kita juga lahir di sini, datuk atau nenek kita juga lahir di sini seharusnya sewajibnya kita tahu serba sedikit tentang PERLEMBAGAAN NEGARA.

Jangan pula kita hanya ambil tahu PERLEMBAGAAN itu sahaja, kita juga perlu tahu bagaimana ianya berlaku, kenapa diwujudkan dan untuk siapakah. Adakah untuk dipertontonkan kepada pelancong atau dia tuliskan di dalam buku atau hanya digunakan di PARLIMEN sahaja?

Berikut adalah beberapa Artikel/Perkara yang setidak-tidaknya diketahui oleh kita sebagai RAKYAT MALAYSIA lebih-lebih lagi bagi PENJAWAT AWAM :



Artikel/Perkara 152

Artikel/Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmiTujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu.
Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.

Artikel/Perkara 153

Artikel/Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa, tanah rizab dan permit/lesen.

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.
  • Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
  • Bahagian 2 - Kebebasan asasi
  • Bahagian 3 - Kewarganegaraan
  • Bahagian 4 - Persekutuan
  • Bahagian 5 - Negeri-negeri
  • Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
  • Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
  • Bahagian 8 - Pilihanraya
  • Bahagian 9 - Kehakiman
  • Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
  • Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
  • Bahagian 12 - Am dan pelbagai
  • Bahagian 13 - Peruntukan sementara
  • Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
  • Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

Sekiranya tuan/puan tak tahu di mana kita boleh dapatkan bahan rujukan berkaitan, sila lah ke kedai-kedai buku. Sedarlah wahai RAKYAT MALAYSIA, PERLEMBAGAAN ini bukan diwujudkan supaya kita bergaduh, berkelahi, saling salah menyalahkan di antara kaum. PERLEMBAGAAN ini bukanlah hanya menjaga kepentingan Kaum Melayu, malahan semua kaun-kaum lain termasuklah Bumiputera Malaysia. Terdapat Banyak Artikel lain yang di sebutkan seperti Artikel/Perkara 14 yang di mana dinyatakan tentang Hak Kerakyatan kepada Kaum-kaum lain selain Melayu.

BACA, TAHU, FAHAM DAN HAYATI.......JAGALAH KEDAULATAN NEGARA DEMI WARISAN AKAN DATANG........JANGAN SEJARAH HITAM DIJAJAH LEBIH 400 TAHUN BERULANG KERANA PERKAUMAN..........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...