Iklan Semasa

Friday, October 29, 2010

Obama diberitahu tentang 'ancaman pengganas yang berpotensi'



WASHINGTON - Rumah Putih mengatakan Presiden Barack Obama diberitahu mengenai potensi ancaman pengganas selepas pakej mencurigakan ditemui di atas dua kapal terbang yang berlepas menuju ke AS.

Tidak ada bahan letupan yang telah dijumpai. Seorang pegawai Amerika mengatakan pihak berkuasa sedang menyiasat apakah pakej yang dibawa itu adalah bermungkinan cubaan bagi plot untuk menghantar bom melalui penghantaran mel udara/pos.


Sebuah pakej mencurigakan mengandungi "toner cartridge" (dakwat pencetak) dengan kabel dan serbuk dijumpai selepas rutin pengesanan (scan) kargo di United Kingdom, ini mendorong pihak berkuasa untuk menjejaki/mencari tiga buah pesawat dan lori di Amerika Syarikat yang terlibat pada hari Jumaat.


Pencarian dilakukan di Philadelphia, Newark, NJ, dan New York City. Semua pakej yang mencurigakan itu diyakini datang dari Yaman dan dihantar melalui perkhidmatan UPS.


Yaman adalah merupakan tempat asal cawangan al-Qaeda yang bertanggungjawab bagi percubaan pengeboman sebuah pesawat yang berlepas ke AS pada Krismas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...